Jenis-jenis Perlindungan Insurans Kenderaan
Terdapat 3 jenis perlindungan kenderaan dan setiap jenis berbeza antara satu sama lain. Ada yang masih keliru dengan jenis perlindungan insurans.
1) Insurans Kereta Persendirian Komprehensif (Comprehensive)
Memberikan perlindungan yang menyeluruh seperti berikut:
*Kenderaan sendiri
Melindungi kenderaan sendiri daripada kerosakan akibat kemalangan atau kecurian. Apabilaanda membuat tuntutan kerosakan ke atas kenderaan sendiri maka anda akan kehilangan No Claims Discount (NCD) sekiranya kemalangan tersebut disebabkan oleh kesalahan anda.
*Kenderaan pihak ketiga
Pihak ketiga akan membuat tuntutan ke atas pihak insurans/syarikat sekiranya kemalangan tersebut disebabkan oleh kesalahan anda. Apabila pihak ketiga membuat tuntutan ke atas polisi anda maka anda juga akan kehilangan No Claims Discount (NCD).
*Harta benda pihak ketiga
Perlindungan komprehensif juga melindungi harta benda pihak ketiga akibat kesalahan anda. Misalnya kereta anda terbabas dan melanggar rumah orang, maka pihak tuan rumah boleh Menuntut kerugian daripada syarikat insurans anda.
2) Perlindungan Pihak Ketiga (Third Party)
*Pihak ketiga merupakan polisi insurans yang melindungi kenderaan pihak ketiga sahaja. Tiada perlindungan ke atas kenderaan sendiri. Kecuali mereka yang melanggar anda, anda boleh membuat tuntutan insurans mereka.
Sekiranya kenderaan anda rosak akibat kemalangan (kecuali sendiri) atau kenderaan anda dicuri, maka anda tidak boleh membuat tuntutan ke atas pihak insurans. Ingat hanya orang dilanggar oleh anda (third party) sahaja boleh membuat tuntutan anda walaupun anda yang bayar insurans. Memang tujuan sesetengah orang memperbaharui third party untuk lindungi orang lain bukan diri sendiri kerana insurans jenis ini lebih murah.
3) Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian (Third Party Fire and Theft)
Polisi ini melindungi kenderaan pihak ketiga SAHAJA dan juga melindungi kenderaan sendiri akibat kecurian dan kebakaran. Ini juga melindungi anda ketika pihak ketiga membuat tuntutan terhadap anda ke atas kecederaan, atau kematian pihak ketiga disebabkan kemalangan yang berpunca dari anda.