Jarang memandu kereta, tetapi ingin mencari insurans kereta yang bersesuaian berdasarkan jarak tempuh kereta? Insurans PrOmilej sangat sesuai berbanding insurans kereta yang lain. Insurans PrOmilej memberikan penjimatan sehingga 40% kepada pengguna yang jarang memandu. Nampak mustahil, tetapi P&O Insurance merupakan syarikat insurans yang pertama di Malaysia yang memberi insurans kereta berasaskan jarak tempuh yang memberikan penjimatan pendahuluan kepada pelanggan.

Apa itu PrOmilej?

PrOmilej merupakan insurans kereta komprehensif berdasarkan jarak maksimum yang dijangkakan dalam tempoh lindungan insurans (setahun). Semakin kurang anda merancang memandu, semakin banyak penjimatan anda.

PrOmilej memberikan perlindungan komprehensif sepenuhnya dengan syarat premium dan hanya perlu kekal memandu dalam jarak tempuh yang diperuntukkan. Perlindungan pihak ketiga tidak terjejas oleh jarak tempuh anda.

PrOmilej menawarkan harga insurans kereta yang fleksibel daripada insurans kereta komprehensif tradisional dalam lingkungan jarak 5,000km, 10,000km dan 15,000km.

Bagaimana dapat jimat dengan PrOmilej?

PrOmilej diwujudkan untuk pemandu yang jarang memandu kereta. Dengan mendapatkan salah satu pelan PrOmilej, anda dapat berjimat dengan hanya menggunakan jarak tempuh/perjalanan yang anda guna tempoh perlindungan insurans (setahun).

Terdapat 3 pelan insurans PrOmilej yang boleh dipilih mengikut jarak perjalanan anda. 

Anda juga akan menikmati penjimatan 10% hingga 40% untuk premium asas bergantung pada pelan yang anda pilih. Menarik bukan?

Sudah pasti semua orang mahukan perlindungan insurans kereta yang mampu menyediakan keperluan pada pembayaran dengan kadar sangat berpatutan.

Jadi bagaimana untuk mendapatkan insurans ini? Anda hanya perlu layari laman web di https://www.poi2u.com/ms/

Kelebihan membeli pelan PrOmilej melalui laman web POI2u

Pembelian insurans atas talian sekarang menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat. Pelbagai servis dan kemudahan boleh didapati untuk menarik minat. Pembelian insurans menjadi semakin mudah apabila anda boleh melakukannya sendiri mengikut keselesaan sendiri dan pelan pilihan yang anda mahukan. 

  • Jimat sehingga 40% dengan PrOmilej 

Dapatkan penjimatan sehingga 40% dengan insurans PrOmilej untuk kereta jarang jalan. Anda boleh membeli PrOmilej dengan menggunakan aplikasi mudah alih atau laman web kami. Sekiranya anda ingin membeli PrOmilej melalui pusat panggilan, anda perlu mengambil gambar odometer anda melalui aplikasi mudah alih kami sebelum pembelian PrOmilej. 

  • Tambah nilai (Top-Up)

Tambah nilai harus dilakukan sekiranya anda telah melebihi peruntukkan jarak tempoh akhir di mana anda diinsuranskan. Anda tidak dibenarkan untuk tambah nilai jika sudah mengalami kemalangan dan kejadian tersebut berlaku sekiranya anda telah melebihi jarak tempuh anda.

  • Jimat masa  

Membeli pelan insurans atas talian adalah mudah dan jimat masa dengan hanya mengisi butir-butir peribadi anda di borang di laman web. Ini boleh dilakukan dengan hanya menggunakan komputer atau telefon bimbit anda. Apabila anda sudah bersedia memilih polisi insurans yang anda mahukan, proses seterusnya akan menjadi pantas dan tidak membuang masa. 

  • Pembelian atas talian adalah lebih murah 

Harga pelan insurans atas talian biasanya lebih murah daripada membeli secara terus di kaunter. Dengan melayari laman web untuk melihat pelbagai harga dan pelan yang ditawarkan atas talian lebih menyenangkan dan mudah terutama sekali jika anda mempunyai bajet tertentu. Anda juga boleh mengambil masa sendiri untuk menilai perbezaan harga mengikut bajet anda sendiri. 

  • Mudah dilayari

Melayari laman web untuk membeli pelan insurans atas talian bukanlah sukar. Proses pembelian adalah mengikut gerak hati, sama seperti membeli apa-apa produk daripada laman web yang lain. Setiap maklumat yang diberikan adalah jelas untuk menerangkan mengenai pelan yang ditawarkan. Anda hanya perlu membaca dengan teliti dan mempunyai matlamat untuk setiap pelan yang paling sesuai untuk anda.

6 Cara Mudah untuk dapatkan PrOmilej dalam talian!

  1. Ambil gambar odometer kereta anda.
  2. Lawati laman web https://www.poi2u.com/ms/car-insurance/promilej-bahasa
  3. Klik pada “Anggaran Premium” untuk mendapatkan anggaran simpanan insurans kereta anda, atau…
  4. Klik pada “Sebut Harga/Beli/Perbaharui Sekarang” untuk dapatkan sebut harga PrOmilej untuk kereta anda.
  5. Pilih pelan ideal anda, masukkan maklumat anda dan muat naik gambar odometer kereta anda.
  6. Teruskan membuat pembayaran dan insurans anda akan dihantar ke e-mel anda!

Buatlah langkah bijak hari ini dengan memilih insurans yang terbaik seperti insurans kereta PrOmilej.

Dapatkan PrOmilej dengan menggunakan aplikasi mudah alih kami atau layari laman web kami di www.poi2u.com/ms/ dengan segera.