Insurans kereta adalah sejenis perlindungan yang boleh dibeli oleh pemilik kereta. Ia bertujuan untuk membantu mengurangkan kos berkaitan kemalangan dan kerosakan kereta. Selain itu, insurans ini turut memberikan perlindungan kewangan terhadap kerosakan fizikal atau kecederaan badan yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya.

Bukan itu sahaja, insurans ini juga akan dapat menawarkan perlindungan terhadap pencurian kenderaan serta kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh sebarang kejadian selain dari kemalangan jalan raya, seperti cuaca atau bencana alam. 

Antara kepentingan dalam membeli insurans kereta yang boleh diperolehi, antaranya adalah:

1. Berisiko mengalami kemalangan 

Risiko mengalami kemalangan tidak mengira masa. Kemalangan yang berlaku di Malaysia semakin meningkat. Hal ini menunjukkan risiko berlakunya kemalangan dimana-mana sahaja. Tanpa insurans kereta, segala kerosakan yang dialami disebabkan kemalangan kita perlu menanggung sendiri. 

2. Tidak perlu membuat pembayaran sepenuhnya sekiranya berlaku kemalangan.

Selain itu, sekiranya kita terlibat dalam kemalangan anda hanya perlu membayar sejumlah nilai yang kecil untuk menanggung kos kerosakan akibat daripada kemalangan.

Walaubagaimanapun, sekiranya berlaku kemalangan besar, polisi insurans kereta anda akan menanggung pembaikan tersebut. Jika anda menanggung sendiri kerosakan kereta akibat kemalangan, anda berkemungkinan akan kerugian beribu-ribu ringgit.

3. Membantu mengelakkan penurunan nilai kereta 

Terdapat beberapa jenis polisi di pasaran yang memberi manfaat dengan membantu memanjangkan jangka hayat dan nilai kereta jangka hayat dan nilai kereta. Kemalangan yang menimpa tanpa diduga.

Namun begitu, jika anda mempunyai insurans kereta yang komprehensif, ia akan melindungi kerugian yang anda alami dari risiko tersebut.

Dalam jangka masa panjang, anda akan dapat menjimatkan sejumlah wang yang besar. Ia juga membantu mengembalikan kereta ke kedudukan yang boleh dipasarkan sekiranya anda ingin menjualnya satu hari nanti. 

4. Pembayaran membaiki kenderaan tanpa bantuan kewangan

Mampukah anda membuat pembayaran untuk membaiki kenderaan tanpa bantuan kewangan? Adakah itu akan menjadikan keluarga anda berisiko menghadapi masalah kewangan sekiranya berlaku bencana. Insurans kereta akan membantu anda mengelakkan daripada mengalami kerugian wang yang besar. Jadi mengetahui bahawa anda mempunyai polisi yang melindungi keluarga anda.

5. Melindungi anda terhadap tuntutan

Walaupun anda melakukan kesalahan dan menyebabkan kerosakan yang besar pada harta benda orang lain, tidak bermakna anda harus kehilangan wang ringgit untuk menanggungnya. Dengan insurans kereta, anda mendapat pertolongan dengan tuntutan yang dibuat orang lain terhadap anda dalam kemalangan. Ini termasuklah pembelaan undang-undang jika anda memerlukannya.